Sunday, March 14, 2010

Sekolah Glenmarie -Bahaya Runtuh

The school has been misled and given false hopes two times in any many years by the Federal Government that a new two-storey building with 20 rooms will be built for it. In theory, the building should have been completed by December 2009; afterall, the tender process began in June 2009, as related to me by one Datuk Selvanayagam from JKR.
And yet ... the building remains but an mirage, an empty promise. Not sure if the promise will materialise any time soon, or whether the usual suspects have already diverted the allocated 1.2m elsewhere, for their usual misdeeds, as is the SOP of yesteryears.
Below, an Utusan story on the protest organised by Glenmarie parents.
-e. Sekolah uzur bahayakan murid Oleh RASMI ABDULLAH
Keadaan siling di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Glenmarie, Shah Alam yang reput dan mulai pecah serta memerlukan pembaikan segera. ------------------------------
SHAH ALAM 14 Dis. - Sekolah ini tidak mempunyai bilangan murid yang ramai iaitu seramai 130 orang sahaja tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan dan keselesaan mereka untuk belajar.
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Glenmarie di sini yang dibuka sejak 24 tahun lalu kini berdepan dengan isu bangunan uzur yang mendedahkan murid dan gurunya kepada risiko kemalangan.
Sejak dibuka, sekolah itu tidak pernah menjalani kerja-kerja menaik taraf atau pembaikan sehingga ke hari ini.
Justeru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu mendesak agar pembinaan bangunan baru sekolah itu dipercepatkan demi keselamatan 130 muridnya.
Yang Dipertua PIBG SJKT Glenmarie, P.Nadarajan berkata, keadaan bangunan sekolah yang sudah terlalu uzur itu dikhuatiri mengundang risiko kepada murid-muridnya.
Beliau berkata, lebih membimbangkan ialah siling dan dinding sekolah yang diperbuat daripada kayu itu sudah dimakan anai-anai menyebabkan ia mula berlubang serta reput.
Keadaan itu, menurut beliau, menyebabkan ibu bapa risau tentang keselamatan anak-anak mereka kerana siling ataupun dinding sekolah itu boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.
"Setiap hari ibu bapa risau memikirkan keselamatan anak-anak mereka yang berada di sekolah ini kerana mengetahui keadaan di sini sudah tidak selamat untuk menuntut ilmu.
"Aduan juga sudah banyak kali dibuat kepada Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Jabatan Pelajaran Negeri sejak tahun lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika ditemui di sekolah itu baru-baru ini.
Nadarajan berkata, ramai ibu bapa yang sudah menyuarakan kebimbangan mereka dan beliau berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyegerakan pembinaan bangunan sekolah baru yang dicadangkan di sebelah tapak sekolah sedia ada.
Beliau menambah, selain isu keselamatan, bangunan sedia ada juga sudah tidak selesa untuk digunakan oleh murid-murid dan hanya mampu menampung seramai 130 murid dalam enam kelas sahaja.
Katanya, sekolah itu bukan sahaja menerima murid dari sekitar kawasan tersebut, malah turut menerima murid dari kawasan lain seperti TTDI Jaya, Batu Tiga dan sebagainya.
Sementara itu, seorang ibu kepada murid tahun dua dan enam, *C. Chandra*, 37, memberitahu, bukan sahaja keadaan dinding dan siling yang sudah reput merisaukan ibu bapa tetapi juga kehadiran binatang liar seperti ular dan monyet.
"Anak saya sering mengadu dia takut untuk ke tandas kerana pernah terserempak dengan ular di dalam tandas yang juga sudah usang.
"Bukan itu sahaja, dia juga pernah juga mengadu takut untuk ke sekolah kerana khuatir diserang monyet liar yang mula menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat tinggal kerana hutan yang berhampiran sekolah sudah diterangkan bagi projek pembangunan," katanya.
Chandra sangat berharap sekolah tersebut akan dinaik taraf dengan segera demi keselamatan semua muridnya.
Dia juga kecewa apabila melihat kemudahan yang disediakan di sekolah berkenaan juga sudah banyak yang rosak dan tidak mencukupi bagi kegunaan murid-murid seperti kerusi dan meja.
"Semua kemudahan dan peralatan sekolah juga perlu digantikan bagi memberikan lebih keselesaan kepada murid agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada

No comments:

Post a Comment