Saturday, May 15, 2010

Berita Semasa

Maklumat Terkini
PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2011
Permohonan Pendaftaran Lewat telah dibuka semula khusus untuk kanak-kanak (warganegara) yang
dilahirkan pada 02/01/2004 hingga 01/01/2005 yang wajib bersekolah pada Sesi Persekolahan 2011
tetapi belum membuat permohonan sehingga tarikh tutup operasi pada 30 April 2010. Sila uruskan
permohonan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan menjelang pembukaan Sesi
Persekolahan 2011.

Permohonan Penempatan Tahun Satu Sesi persekolahan 2012 (anak kelahiran pada 02/01/2005 dan
selepasnya) dijangka akan dibuka semula pada bulan Februari 2011. Ibu bapa / penjaga yang belum
mendaftarkan permohonan anak pada operasi 2010 diminta membuat permohonan ketika operasi
pendaftaran Sesi Persekolahan 2012 dan 2013 dibuka semula pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment